Lyrics:
Tiga teras dunia
Air tanah udara
Berganding setia
Meneraju kita
Dan ditinggal pencipta
Segala kuasa
Untuk diamalkan umat manusia
Aman dan sentosa
Kehidupan kita semua
Tapi aman sentosa
Tiadalah lama
Intan dan permata
Menaburi sukma
Diantara mereka
Ada yang bermuka
Meragut segala
Itulah gejalanya
Musnahlah impian
Generasi masa hadapan
Hilanglah resam di dunia
Gaia ia pun berubah
Gaia diperjudikannya
Musnah dibiar sahaja
Harta merasuk jiwa
Gaia ia pun berubah
Gaia diperjudikannya
Musnah dibiar sahaja
Malang nasib dunia
Haruskah dibiar mereka
Menurut gelora dijiwa
Yang menghancurkan
Bumi dan segala-gala
Fikir-fikirkan bersama
Fikir siapa yang mencipta
Apa permata di mata
Kan kekal bersama
Fikir-fikirkan bersama
Fikir siapa yang mencipta
Apa permata di mata
Yang kekal bersama
Lirik Lagu Zainal Abidin - Gaia
Reviewed by Unknown
on
05:35:00
Rating:
No comments: