Lirik Lagu 5forty2 - Apa Apa Stillo


Lyrics:
Aku naik pelik apa dah jadi dengan scene 
Kekadang naik jelik tengok badut buat bising 
Naik pening,lagak besar tapi skill ntah apa-apa 
Setakat dalam cyber bukan kau boleh kemana 
Kononnya boleh freestyle,buat aku tergelak 
Rhyme yang dah siap ntah berapa kali dia selak 
Jangan buat lawak,bukan niat aku mengata 
Tapi kalau makan cili sure rasa pedas giler 
Pulas filler dalam rhyme pastu kata punch-line 
Sedarlah kau tu Pak Pandir bukan nyer Ein-stein 
Jalanan dan gangsta,jangan buat lawak 
Bila ajak jumpa tau pulak dia cuak 
Aku bukan berlagak,cuma bercakap benar 
Dah banyak sangat kucing yang suka cakap besar 
Mulut lebar kalau terer aku langsung tak kisah 
Tapi ni dah jadi macam lebih sudu dari kuah 
Lebih tipu dari benar,lebih tiru dari ori 
Macam mana nak maju kalau takda kreativiti 
Cepat betul melenting bila kita cuba tegur 
Dia kata kita pulak yang cuba tunjuk bagus

[Chorus] 
Ntah apa-apa semua tipu belaka 
Tak real tak tau macam mana nak beza 
Ntah apa-apa bunyi lebih dari buat 
Meluat bila aku usha orang perasan kuat 
Ntah apa-apa perangai yang kau pakai 
Nak kata bangang memang,tak boleh kata pandai 
Ntah apa-apa cukuplah ngaku power 
Ingatla ada kuasa atas sana lagi terer

[Verse 2] 
Sekarang part aku,aku plak nak mengata 
Aku nak kata siapa,korang peduli apa 
Ade lagak giler babeng,tak sedar bakat kureng 
Baru ade group kmpg prasan diri Wu-tang 
Freestyle blank otak lembap sembap tak gerak pantas 
Bila dah tewas mula la usha panas hati tak puas 
Bila nak gaduh bawak turun satu crew 
Macam ni ke semangat hey pendekar Melayu? 
Suara anak kucing lagak gengster apa citer 
Setakat main keyboard apa kebenda namenya 
Hilang jati diri lupa terus budaya 
Agama jadi rosak maruah bangsa binasa 
Ini benda biasa boleh tengok hari-hari 
Tengok berapa banyak poser dekat KLCC 
Yang perempuan pulak pakai tak cukup kain 
Tak tahu pulak aku orang KL semua miskin 
Tepek bedak kat muka tebalnya 12inchi 
Perasan diri lawa memang tak sedar diri (lupa ceghemin kot..) 
Nasiblah yang terasa memang aku sengaja 
Kalau tak puas hati kita settle hari raya

[Verse 3] 
Turn aku pulak bagi aku satu verse 
Tak best arr kalau korang jer yg mengata 
Aku pun nak merasa,banyak benda nak citer 
Pasal aku nampak banyak-budak-gedik-giler 
Pakai kalahkan artis tapi skill ko-song 
Ini macam citer dongeng semua bo-hong 
Ada yang dah kalah tak serik ngaku hebat 
Weh budak,baik kau cepat-cepat pergi taubat 
Meluat bila ramai, gelar diri tu emcee 
Track menggelabah budak baghal jer yang puji 
Ini realiti bukan buat cerita 
Aku selalu benar bila dalam kata-kata 
Buat kerja sendiri jangan ikut orang ajer 
Orang ada lagu cinta dia pun nak ikut sama 
Dah tau diri tu tak terer boleh pulak tunjuk power 
Tingkatkan ilmu dulu,baru layak bersuara 
Macam cerita lucu,kisah gangsta kat Malaysia 
Blanja bapak tanggung buat citer jual dadah 
Hentikan semua yang palsu,berhenti pura-pura 
Jadi diri sendiri,tak rugi apa-apa

Lirik Lagu 5forty2 - Apa Apa Stillo Lirik Lagu 5forty2 - Apa Apa Stillo Reviewed by Unknown on 21:59:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.